13 December 2011

Apa Kaitannya?

0 comments
Tadabbur. Kaji apa yang tersirat dan tersurat. Bacaan perlu disusuli dengan pemahaman. Benar, membaca al-Quran itu dijanjikan dengan ganjaran pahala yang banyak daripada Allah. Sabda Rasulullah SAW :

من قرأ حرفا من كتاب الله فله به حسنة والحسنة بعشر أمثالها لا أقول ألم حرف ولكن ألف حرف ولام حرف وميم حرف

Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah, maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan dengan sepuluh kali ganda. Aku tidak kata bahawa Alif Lam Mim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf~Riwayat al-Tirmizi

Lumrah bagi manusia, semuanya nak grand. Itu nak grand, ini nak grand. Kenapa part pahala, kita liat nak buat sampai jadi grand. Kan lagi grand kalau membaca al-Quran, kita faham apa yang kita lafazkan. Sweet kan?

Jom tengok beberapa potong ayat suci al-Quran, setelah dilakukan sedikit pembedahan mengenai kaitan awal dan akhir ayat tersebut.

وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللّهِ إِنَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (al-A'raf : 200)

Jika sekali imbas, macam tiada kaitan. Hati-hati. Ada kaitannya. Perintah memohon perlindungan kepada Allah daripada hasutan syaitan itu jelas. Akan tetapi, bagaimana caranya? Nah, Allah Maha Mendengar. Lafaz seperti isti'adzah, أَعُوذُ بِاَللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيم atau sewaktu dengannya boleh dilafaz bagi memohon perlindungan daripada syaitan. Tetapi, hari ini, ramai individu yang manis berbicara, dan takut-takut lafaz isti'adzah hanya manis di bibir, tidak di hati. Anda perlu tahu, Allah juga Maha Mengetahui. Tahu apa? Tahu bagaimana kesungguhan hati anda dalam memohon perlindungan. Sweet kan kaitan awal dan akhir ayat?

وَإِن تَعُدُّواْ نِعْمَةَ اللّهِ لاَ تُحْصُوهَا إِنَّ اللّهَ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ

Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (al-Nahl : 18)

Terlalu banyak nikmat Allah SWT kepada kita, hambanya yang hina. Akan tetapi, ada juga segelintir daripada kita menggunakan nikmat yang diberi pada jalan yang salah. Nikmat mata, digunakan untuk meng'usya' awek. Nikmat usia, dihabiskan dengan bersuka ria. Nikmat kekayaan, digunakan untuk joli sana sini. Lihat pada akhir ayat tersebut, Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Banyak mana pun kesilapan yang telah kita lakukan, jika kita bersungguh-sungguh memohon keampunan, InsyaAllah akan diampun. Keampunan Allah SWT dapat, rahmat Allah pun dapat. Oh, lagi sweet kan?

0 comments:

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates