قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
اللَّهُ الصَّمَدُ
Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ
Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan
وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ
Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.
Surah al-Ikhlas, short but too nice. Membicarakan tauhid yang telus dan suci terhadap Allah SWT. Siapa yang tak tahu, membacanya menyamai pahala membaca satu pertiga al-Quran. 1/3? Wah, pecahan ni. Terus teringat lecture En. Mokhtar.
Ingat, prinsip asas syariat Islam itu ada 3, mentauhidkan Allah, penetapan batas sepadan dan hukum hakam dan penjelasan cara beramal dengan Islam.
Imam Bukhari, Abu Daud dan al-Nasa'i mengeluarkan hadis dari Abi Said al-Khudri bahawa seorang lelaki telah mendengar seorang lelaki lain membaca surah ini sambil mengulanginya. Apabila tiba waktu pagi, dia datang bertemu Rasulullah SAW lalu menceritakan apa yang berlaku kepada Baginda. Seolah-olah lelaki ini memperkecilkannya. Baginda lalu bersabda : Demi Allah yang jiwaku berada di dalam genggamanNya, sesungguhnya surah tersebut meyamai satu pertiga al-Quran.
Ayat pertama, sekaligus menafikan orang-orang musyrikin yang menyangka kononnya para malaikat itu anak-anak perempuan Allah. Ia juga menyangkal tanggapan orang Yahudi bahawa 'Uzair adalah anak Allah dan menyanggah pandangan orang Nasrani bahawa Isa itu anak Tuhan.
اللَّهُ الصَّمَدُ
Kata Ibn Abbas, makna as-somad bermaksud ianya menjadi tempat menggantung harapan makhluk untuk memenuhi keperluan dan menyelesaikan permasalahan mereka. Allah tempat terbaik untuk mengadu. Sedih, gembira, Allah lebih mengetahui.
17 February 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment