15 March 2012

Sekufu ke?

0 comments
وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلاً

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan) - al-Isra' : 32

Allah haramkan zina, tapi Allah buka pintu gerbang perkahwinan seluas-luasnya bagi menghalalkan persetubuhan. Style kan?

Semua orang nak kahwin. Tipulah kalau ada yang cakap, aku tak nak kahwin seumur hidup. Beb, bukan dari golonganku Nabi cakap tau. Cuba cek hadis al-Bukhari dan Muslim, daripada Anas r.a.

Semua orang nak kahwin. Tapi tak semua orang ada checklist sebelum, semasa dan selepas perkahwinan. Yang nampak, muka kekasih pilihan hati, benda-benda seronok. Ingat, langit tak selalu cerah kot.

Suka aku nak highlight kat sini, antara sifat-sifat yang dituntut bagi kedua pasangan lelaki dan perempuan, iaitu SEKUFU. Apa itu sekufu? Senang cerita, sekufu tu persamaan antara calon suami dan isteri. Sama apa? Nah:

- Beragama dan baik. Lelaki fasik, mestilah tak sekufu dengan perempuan solehah.

أَفَمَن كَانَ مُؤْمِنًا كَمَن كَانَ فَاسِقًا لَّا يَسْتَوُونَ

Adakah orang yang beriman sama seperti orang yang fasik? Mereka tidaklah sama - as-Sajdah : 18

- Pekerjaan. Lelaki yang kerja lebih rendah mestilah tak sekufu dengan perempuan korporat, yang gajinya jauh lebih tinggi dari si lelaki

- Tak ada kecacatan yang boleh menyebabkan fasakh dalam perkahwinan. Lelaki gila, of course tak sekufu dengan perempuan normal.

Ingat beb, sekufu ni hak perempuan dan walinya. Walaupun bukan syarat sah perkahwinan, tapi ianya bagi mengelak perempuan dan walinya menanggung malu. Lagi satu, kalau sama taraf, kan lagi senang hidup bersama sebab gaya hidup suami dan isteri hampir sama.

Tapi, perempuan dan wali boleh tinggalkan sayarat sekufu ni. Jangan risau. Kalau dah perempuan dan walinya redha dengan perkahwinan yang tidak sekufu, no problem lah! Nikah tetap sah. Tak ada siapa boleh halang kalau dah perempuan dan walinya bersetuju meninggalkan syarat sekufu ni. Pentingnya sikap bertolak ansur kan.

So Ameer,

Be prepared. Jaga akhlak, jaga peribadi. Jaga semuanya, it will be ok!

اللَّهُ الصَّمَدُ
Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat

Ya Allah, berikan aku jodoh yang terbaik. Entry sweet malam ni :)

0 comments:

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates