01 April 2012

Entah lah

0 comments
Praktikum. Seronok. Masa mengajar paling banyak pun sejam setengah. Pening, fikir abm n aktiviti. Takpe lah, layan kan aje.

Praktikum. Aku mula lihat dunia realiti. Aku mula lihat perangai manusia sebenar. Kalau kat maktab, lain. Kat sekolah, jadi lain.

Entah. Mungkin keadaan sekeliling kot yang merubah mereka. Susah nak tengok orang yang sama kat maktab, sama jugak kat sekolah. Sepanjang pemerhatian aku lah. Mesti ada sikit tuning.

Tuning. Kadang-kadang aku tengok ada jugak yang salah tuning. Jadi tunggang-terbalik. A jadi B, B jadi C.

Cikgu. Entah lah. Kalau setakat belajar, niat nak jadi cikgu, itu dah tak ikhlas. Follow jelah arus kehidupan ipg ni.

Rindu. Rindu mak. Rasa macam nak berhenti belajar, teman mak kat rumah. Aku cuma takut, time posting, aku kena hantar jauh-jauh. Siapa nak jaga mak?

Entah. Post malam ni pelik lah. Kadang-kadang rasa kosong. Tapi bila fikir balik, aku masih beruntung, ada Allah, ada mak, adik-beradik, kawan-kawan.

Praktikum. Aku hanya fikir, buat lah yang terbaik. Untuk anak-anak masa hadapan. Aku tak kisah mana markah. Kalau setakat nak kejar markah, tak ke mana.

Aku rindu arwah ayah.

0 comments:

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates