06 April 2012

Oh...

0 comments
المؤمن القوى خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف
Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah.

Aku bukan orang yang kuat. Baru praktikum, aku tak dapat lalui dengan tabah. Bukan mengajar jadi masalahnya. Apa lagi RPH. Yang jadi masalahnya, aku tak pandai adjust masa. Kenapa meer?

Praktikum. Banyak benda aku tinggal. Semua graf menurun. Graf membaca, graf menghafal, semua turun. Apa yang dihafal pun makin hilang. Nak polish balik, kepala asyik fikir praktikum. See. Aku bukan orang yang kuat.

Cuma 1 2 benda je aku dapat istiqamah. Entah. Tak sabar nak habis praktikum. Nak normalkan balik keadaan. Tapi macam mana nanti sem depan? 2 bulan? Aku garu-garu kepala. Entah.

Setakat praktikum dah lembik, macam mana nak pergi jihad meer...? adess..

p/s : esok jadi guru pembimbing pergi lawatan ke Melaka. Alhamdulillah, task projek untuk praktikum kali ni dah setel. Alhamdulillah, tak payah buat mural, cuma perlu sedikit tenaga untuk ke Melaka..vrooommm.

0 comments:

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates