04 May 2012

Eh?

0 comments
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda, pada zaman Bani Israil, ada dua orang lelaki yang memiliki sikap yang berbeza. Seorang ahli maksiat (suka buat dosa) dan seorang lagi ahli ibadah. Bila ahli maksiat buat dosa, ahli ibadah akan suruh rakannya si ahli maksiat supaya berhenti daripada berbuat dosa. 


Kata ahli ibadah, 'Berhentilah dari buat dosa'. Jawab ahli maksiat, pedulikanlah aku, terserah Allah akan menilai perbuatanku. Adakah engkau diutus Allah untuk mengawasi apa yang aku lakukan? Kata ahli ibadah, demi Allah, dosamu tidak akan diampuni oleh-Nya atau kamu tak akan masuk dalam syurga Allah.


Kemudian kedua-duanya mati. Allah menghakimi mereka berdua. Allah soal ahli ibadah. Adakah kamu lebih mengetahui daripada-Ku? Atau kamu dapat mengetahui apa yang telah berada dalam kekuasaan-Ku? Kemudian Allah berfirman kepada ahli maksiat, masuklah kamu ke dalam syurga berkat rahmat-Ku. Sementara kepada ahli ibadah dikatakan, masukkan orang ini dalam neraka.


See. Jangan terus nak menghukum. Siapalah kita nak kata, kau ni masuk neraka. Kau pulak masuk syurga. Hanya Allah yang menetapkannya. 


p/s : semester yang paling sibuk pernah aku lalui sepanjang 4 tahun di ipg.







0 comments:

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates