Berbalik kepada kuliah ustaz kat surau favourite aku, surau al-Sobah. Aku tenang mengaji kat sini. Tak ramai orang yang dikenali. Tak ada budak maktab. Terbaik wok. Walaupun ustaznya tak glamer pun macam ustaz2 kat tv, tapi ilmu mereka, wow. Tu jelah yang aku nak cakap. Ust Don pesan masa kat Annur dulu, kalau nak mengaji, tok guru dia pesan, jangan pilih ustaz. Yang penting, ilmunya. Bukan glamernya.
Kuliah pagi tu agak keras. Yelah, subuh kot. Time orang mengantuk. Sebab tu ust Don kata, semua orang boleh datang kuliah Maghrib, sebab time tu memang orang berjaga. Lain macam kuliah Subuh. Orang tengah sedap menghadap bantal.
Kuliah berkisar dengan peristiwa Isra' Mikraj. Cuma aku nak highlight pesan Ust Don, dia suruh beli buku Hayatus Sahabah. Then balik kuliah, aku p usya kat internet, tengok lah buku tu. Tengok-tengok, ada. Buku Telaga Biru. Mungkin ramai yang dah ada buku ni. Tapi aku belum lagi. Praktikum buat graf membaca aku jatuh merudum. Kaw2 punya merudum.
Memandangkan baucer buku ada lagi RM100, aku pun decide nak pergi Pustaka Rakyat, sebab kat situ je boleh terima baucer. Sebab masa aku pergi tu, hari Isnin, 30 April. Last day. Haha. Punyalah malas nak menghabiskan baucer tu.
Then, dapatlah salah satu buku yang ustaz pesan, taraa...
Beli lah buku ni. Best.
0 comments:
Post a Comment