10 May 2012

Mata oh mata

0 comments
Dalam al-Fiqh al-Manhaji, terdapat 4 situasi yang dibenarkan bagi lelaki untuk melihat seorang wanita yang bukan mahram.


1. Keperluan perubatan. Islam kan mudah. Pengharamannya membawa kepada kesulitan. 



وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ
dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama ~al-Hajj : 78



Ummu Salamah sendiri pernah meminta izin Nabi untuk berbekam. Lalu Nabi pun memerintahkan Abu Toibah untuk melakukannya. Ini hadis tau, riwyat Muslim. Tapi, setiap benda ada garis panduannya. Doktor lelaki hanya boleh mengubati pesakit wanita dengan kehadiran mahramnya atau suaminya atau seorang wanita lain yang dipercayainya. Kalau ada doktor Islam, kita tak boleh berubat dengan doktor bukan Islam. Ok. Jelas kan.


2. Berjual beli. Tak apa kalau dalam urusan berjual beli, seorang lelaki melihat seorang wanita. 


3. Untuk penyaksian. Iaitu ketika menjadi saksi atau ketika nak beri keterangan dalam mahkamah atau seumpamanya kerana penyaksian tak sempurna kalau tak tengok kepada tertuduh dan pendakwa.


4. Belajar. Belajar atau mengajar perkara wajib atau sunat dipelajari kerana ilmu tu kan berfaedah dari sudut syarak. 


Tapi ingat, ia dibolehkan hanya bersertakan pandangan sekadar memenuhi keperluan sahaja. Jangan lah over sangat, sampai berjual beli, tengok lama-lama, belajar dalam kelas, main-main mata. Kan darurah ni, sebab tu dibolehkan, agar ianya menghilangkan kesusahan.


Jaga mata tau. Sebab dari mata akan turun ke hati. 

0 comments:

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates