13 May 2012

Oh Ibu

0 comments
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Dah berapa bulan tak mengaji dengan Dr. Zul. Rindu. Hari ni diberi kelapangan untuk turut sama duduk dalam majlis ilmu. Lagi manis, hampir semua ahli rumah mengaji sama. Sweet ok.

Hari ni tak mengaji kitab Hikam. Hari ni Dr. syarah mengenai....IBU.

Alhamdulillah, arwah ayah berjaya mencari ibu yang sangat baik untuk saya. Arwah ayah mengiakan kisah Saidina Umar, ketika dia menjawab soalan seorang anak, apabila dia bertanya, apa hak seorang anak yang wajib atas ayahnya? Jawab Umar, hendaklah dia memilih ibunya dari yang baik, memperelok namanya serta mengajarkan al-Quran.

Bangga ada pemimpim hebat macam arwah ayah. Sama-sama didik anak-anak, mengurus rumah tangga. Kan penyair ada kata, sang ibu samalah dengan sekolah, jika anda pandai menyesuaikannya, samalah seperti anda membangunkan suatu umat yang baik keturunannya.

Banyak kisah-kisah orang soleh mengenai ketaatan mereka kepada ibunya. Ambil contoh yang diberi Dr. Zul, mengenai Abu Hanifah. Dia lebih alim dari gurunya. Oleh kerana rasa yakin dan percaya ibunya terhadap gurunya, ibunya menyuruh Abu Hanifah bertanya soalan kepada guru beliau. Nak tunjuk betapa taat Abu Hanifah kepada ibunya, dia pun berjumpa dengan gurunya dan mengemukakan soalan ibunya. Jawab gurunya, aku tak dapat selesaikan masalah tersebut dan aku tahu kau mengetahui jawapannya. Tengok, walaupun telah mengetahui jawapnnya, Abu Hanifah turutkan sahaja kemahuan ibunya. Taat.

Jangan jadi anak derhaka tau. Jom, baca kisah anak yang derhaka. al-Ashbahani dan lain-lain meriwayatkan daripada Abul Abbas al-Asham, daripada al-Awwam bin Hawsyab, sekali persitiwa saya datang ke sebuah kampung, dan di pinggir kampung itu ada perkuburan. Bila hampir waktu Maghrib, terbelah salah satu kubur di situ, maka keluarlah seorang lelaki, kepalanya kepala keldai, badannya badan manusia. Dia menjerit seperti suara keldai tiga kali, kemudian dia pun ditelan kuburnya semula.

Kemudian kelihatan seorang perempuan tua, sedang menenum sutera, lalu datang seorang perempuan berkata, engkau lihat perempuan tua itu? Saya berkata, ya, mengapa dia di situ? Perempuan tu pun berkata, itulah ibu orang yang menjerit di kubur tadi. Katanya, orang itu suka minum arak. Bila dia nak pergi minum arak, ibunya sentiasa berkata kepadanya, Wahai anakku. Bertaqwalah kepada Allah! Sampai bila engkau nak minum arak? Orang itu menjawab, ibu asyik membebel saja macam ngomelan keldai yang tak tahu penat.

Orang itu pun mati waktu dekat Maghrib. Sebab itulah, kuburnya terbelah pada waktu dekat Maghrib, maka dia pun akan keluar dari kubur menjerit seperti jeritan keldai tiga kali, kemudian ditelan kuburnya semula.

Mak. Maafkan orang eh kalau ada salah dan silap. Orang nak mak tau yang orang sangat-sangat sayangkan mak. I Love U mak. Muahhhh!


Mak yang cumil.

p/s : masih mencari mood exam. ngeh2

0 comments:

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates