16 May 2012

Selamat Hari Guru

0 comments
Hari ini 16 Mei. Semua tahu. Hari ini hari guru. Terlalu banyak jasa seorang guru. Mulianya tugas seorang guru. Semua tahu, ayat pertama turun di hari Nabi SAW adalah ayat berikut :

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ
Bacalah dengan nama Tuhan yang menciptakan

خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ
Dia mencipta manusia dari segumpal darah

اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ
Bacalah, dan Tuhanmu itu Maha Pemurah

الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ
Yang mengajarkan dengan pena

عَلَّمَ الْإِنسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ
Dia mengajar manusia apa yang tiada diketahuinya

Bacalah. Siapa yang mengajar kita sehingga kita boleh membaca? Siapa lagi kalau bukan guru. Eh, bukan mak ayah ke yang ajar benda ni dulu? Yelah, mereka mengajar, mereka layak digelar seorang guru. Cumanya, di sekolah, ada sistem yang rapi mendidik kita supaya boleh membaca dengan lancar. Di rumah, mak ayah ambil alih tugas seorang guru, mengajar anaknya membaca. Membaca al-Quran, membaca buku. Cuma bezanya, mereka tidak dibayar gaji. Gaji? Perlu ke gaji bagi seorang guru? Bukan ke Nabi dulu berdakwah, menyampaikan ilmu, semua tu dilakukan secara percuma. 

Yelah. Betul lah tu. Kan Allah dah berfirman :

وَيَا قَوْمِ لا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مَالاً إِنْ أَجْرِيَ إِلاَّ عَلَى اللّهِ
Dan wahai kaumku. Aku tidak meminta harta kepada kamu (sebagai imbalan) atas seruanku. Imbalanku hanyalah dari Allah~hud : 29

Ooops. Kejap. Macam ni. Kalau seorang itu bergelar seorang guru, dan dia tidak ada sumber pencarian lain bagi menyara hidup, boleh dia menerima gaji atau upah. Kata Imam al-Ghazali dalam Ihya'nya, guru boleh menerima apa yang cukup untuk sara hidupnya, supaya dia tidak menghadapi masalah dalam menyara hidup, dan dengan upahnya itu dia boleh bersedia menyebarkan ilmu pengetahuan, di mana dia menginginkan ganjaran pahala di akhirat, dan hasil upahnya boleh dia ambil untuk tujuan kecukupan, agar dia boleh menyebarkan ilmu. 

Daripada Ibn Wahb, katanya ada seorang guru mengaji datang  dalam majlis Imam Malik. Dia berkata kepada Imam Malik, bahawasanya dia telah mengetahui bahawa guru tidak boleh menerima upah, dia pun tak menetapkan syarat . Kemudian, semua orang tak memperdulikannya dan tak memberi upah, seperti yang telah disyaratkan dahulu. Dia tidak ada sumber lain untuk menyara hidup anak-anak dan tidak tahu kerja lain melainkan mengajar. Kata Imam Malik, pergilah mengajar, dan syaratkanlah mereka membayar anda. 

Guru itu pun beredar dan orang yang berada dalam majlis itu berkata kepada Imam Malik, mengapa engkau menyuruhnya menetapkan syarat untuk mengajar? Jawab Imam Malik, benar, tapi siapa pula hendak membetulkan anak-anak kita? Siapa yang akan mengajar mereka? Kalau bukan kerana jasa guru-guru, apa yang akan kita jadi sekarang?

Lihat. Mulianya kerjaya seorang guru. Kata Sufyan Ats-Tsauri, ada 3 perkara yang amat diperlukan oleh manusia. Pertama, seorang hakim yang akan menjalankan hukuman antara mereka. Kalau tidak, tentulah setengah mereka akan memakan hak mereka yang lain.

Kedua, orang ramai mestilah menjual dan membeli Mushaf (al-Quran), kalau tidak nescaya akan hilang lenyaplah kitab Allah. Ketiga, orang ramai mestilah ada guru yang dapat mengajar anak-anak mereka, dan mengambil upah (gaji) atas kerjanya, kalau tidak nescaya manusia akan menjadi buta huruf.

Selamat Hari Guru buat guru di TASKI, SK Ayer Baloi, SMK Ayer Baloi dan semua pensyarah di IPG Kampus Pendidikan Islam. Tanpa kalian, siapalah saya.



0 comments:

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates