21 May 2012

Tak Tau Tajuk

0 comments

Musim exam. Tiap-tiap semester, kena hadap killer paper. Calculus semester lepas. Semester ni Linear Algebra. Siapa cakap Math mudah. Bukan nak mengeluh. Cuma mahu berkongsi.

Takut. Seram. Semua ada. Kadang-kadang tengok budak kursus lain, tension juga. Tapi takpelah. Takkan nak lari kan. Hadapi dengan senyuman.

Sibuk study nak exam, benda lain jangan tinggal. Solat. Baca al-Quran. Tadabbur. Zikir. Tahajjud. Biar tak pandai, biar tak excellent dalam pelajaran. Asal excellent menjaga hubungan dengan Allah, dengan manusia jangan lupa.

Ingat tak, ada cerita seorang lelaki Bani Israil yang beribadah selama 60 tahun di rumah ibadahnya. Kemudian dia pergi berjalan-jalan, dia terjumpa seorang wanita. Kemudian dia asyik berbual dengan wanita tersebut, sampai syaitan memperdayanya, sehingga dia berzina dengan wanita tersebut.

Dia pengsan. Kemudian dia sedar dan terjun dalam tasik untuk mandi. Tiba-tiba datang seorang peminta sedekah, minta bekalan yang dibawanya (roti). Lepas dia bagi roti tersebut, Allah pun cabut nyawanya. Pahala amal ibadahnya selama 60 tahun lesap begitu sahaja, dek kerana perbuatan zina yang telah dilakukannya. Bila ditimbang pahala dia memberikan satu atau dua potong roti tersebut, maka berat amalan kebaikannya bertambah, dan dia diampuni Allah swt.

Jangan pandang remeh kebaikan, walaupun benda tu nampak sangat simple. Sama juga 'senyum'. Kita tak saling mengenali antara satu sama lain, tak bermakna tak boleh senyum kan. Terasa hati.

Ingat, manusia sering diuji. Bila ada ilmu, jangan sombong. Bila ilmu agama tinggi, jangan pandang orang lain sebelah mata. Sebab ilmu tu Allah punya. Bila sombong dengan ilmu yang dimiliki, sebab tu Allah bagi ujian yang pelbagai.

Bukan nak buka aib. Cuma memberi pendapat. Bila terjadi benda pelik-pelik sekeliling kita, koreksi diri. Jangan sebab jawatan, menjadi alasan untuk terus angkuh mendongak ke langit. Bila berada di atas, jangan dilupa orang di bawah.

Bila hebat Berbahasa Arab, jangan memperlekeh orang yang hebat Berbahasa Inggeris. Bila hebat dengan hafalan surah dan hadis Rasulullah SAW, jangan pandang hina orang yang menghafal formula Matematik. Sebab tak semestinya ahli ibadah masuk dalam syurga.

Sebab tu ada hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia. Islam tak ajar nak beza-bezakan orang untuk diajak berbual dan bermanis muka. Pendapat peribadi, benda-benda pelik yang terjadi dalam kampus kita, semuanya disebabkan kita. Kita. Pelajar sendiri.

Ahli ibadah pun diuji dengan zina, apalagi kita, yang solat Subuh pun entah ke mana. Tahajjudnya pun entah ke mana. Yang hebat hanya berpumpang-pumpang di Facebook. Sedar. Sedar. Jangan angkuh. Jangan sombong. Apa alasan untuk kita berlagak sombong di muka bumi? Kerana anda orang yang bertaqwa?

Diriwayatkan daripada Abu Zar Jundub bin Junadah r.a, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

اتق الله حيثما كنت، وأتبع السيئة الحسنة تمحها، وخالق الناس بخلق حسن

Bertakwalah kepada Allah di mana jua kamu berada. Lakukanlah kebaikan selepas kejahatan, nescaya kebaikan itu akan menghapuskannya. Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik.

(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, at-Tirmizi dan lain-lain. Menurut at-Tirmizi, hadis ini hasan, atau hasan sahih)


Mudah nak cerita. Dalam hadis ni ada 3 hak yang penting. Hak Allah, hak mukallaf dan hak hamba. Nak capai tahap taqwa, ketiga-tiga hak ni kena ambil kira. Dah kalau mengaku diri bertaqwa, sedangkan dengan manusia pun tak bertegur sapa, macam mana? 

Mohon. Mohon sangat-sangat. Ubah sebelum terlambat.

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Abdullah bin Amru bin al-Ash r.a bahawasanya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW :

أي الإسلام خير؟ قال : تطعم الطعام، وتقرأ السلام على من عرفت ومن لم تعرف

Islam yang bagaimana yang paling baik sekali? Jawab Baginda : Hendaklah engkau memberi makan, dan memberi salam (keamanan) kepada siapa yang engkau kenal dan engkau tidak kenal.

Nak jadi Islam terbaik, hubungan dengan manusia jaga terlepas pandang, even hanya dengan senyuman. :)












0 comments:

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates