25 May 2012

Bahagia

0 comments
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Cewah. Dah macam rukun khutbah kan, memuji Allah SWT. Alhamdulillah, Semester 5 sudah pun melabuhkan tirainya. Last paper, Pendidikan Moral. Semoga para pensyarah dilembutkan hatinya ketika menanda kertas soalan kami. Amin...

Alhamdulillah, hampir 266 km menjelajah di muka bumi Allah ini, menuju jauh ke selatan Malaysia. Pontian. My hometown. Mak. Yeay. Happy jumpa mak. Happy jumpa anak buah yang makin berat, bertambah-tambah comel.

Esok, dah mula sibuk tolong mak, masak nasi beriani. Ada tempahan. Kenduri kahwin. Alhamdulillah, semakin dimurah rezeki keluarga kami. Ingat, bila rezeki bertambah, maka perlu juga bagi kita untuk menambah jumlah dermaan kepada yang memerlukan. Tabung masjid sentiasa menunggu.

Ingat lagi tak, ada kisah di mana awan mengeluarkan suara, supaya diturunkan hujan di kebun si fulan. Ada seorang lelaki sedang berjalan di padang pasir. Kemudian, dia terdengar suara yang dikeluarkan awan tersebut. Awan tersebut pergi ke suatu tempat yang berbatu, kemudian menurunkan hujan.

Apabila lelaki tersebut pergi ke kawasan berbatu, dia jumpa seorang lelaki yang sedang menyalurkan air ke kebunnya dengan menggunakan alat pengukur tanah. Lelaki tadi bertanya, siapa namamu? Jawabnya, si fulan. Dia kehairanan kerana lelaki tersebut menanyakan namanya, lantas bertanya mengapakah dia berbuat demikian (bertanyakan nama).

Jawab lelaki tersebut, dia mendengar suara awan supaya menurunkan hujan di kebunnya. Kerana rasa ingin tahu, dia bertanya, apakah amalan yang dilakukannya sehingga awan boleh tunduk kepadanya. Jawabnya, dengan hasil yang dikeluarkan kebunnya, sepertiga daripadanya dia sedekahkan. Speetiga lagi dia makan dengan keluarganya dan sepertiga lagi dipersiapkan untuk benih.

See. Itu konsep sedekah. Makin banyak diberi, makin banyak diterima. Jangan kedekut tau. Orang muda cakap, jangan kedek sangat. Huhu.

p/s : menu makan malam hari ini, ayam penyet. :)

0 comments:

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates