04 June 2012

Saya Terkentut Lah!

0 comments
Prooot. Itu bunyi kentut. Jangan geli. Sebab setiap kamu mesti kentut kan. Ok jangan gelak lebih-lebih. Senyum je. Bukan nak bincang isu bau atau bunyi kentut. Cuma, pernahkah anda terkentut ketika sedang mengerjakan solat secara berjemaah. Angkat tangan!. Oppss jangan angkat tinggi-tinggi. Nanti ada yang pengsan.

Apa yang akan anda buat lepas kentut? Macam mana anda nak keluar dari saff? Meh den nak kobar kek ekau macam mano cagho eh nak buek bilo terkontut. Jangan tiru bahasa ini. Ini hanya percubaan. Jangan gelakkan.

Ada hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah Radhiallahu'anha, katanya, Rasulullah SAW bersabda, Apabila salah seorang di antara kamu yang terkentut semasa solat, dia perlu memicit hidungnya dan keluar.

Kata al-Teebi, perintah memicit hidung itu adalah supaya kelihatan seoalah-olah ia sedang berdarah. Ia bukan satu bentuk penipuan, akan tetapi ia satu bentuk tindakan yang dibenarkan supaya syaitan tak dapat meyakinkan seseorang dalam situasi ini supaya tidak keluar kerana merasa sangat malu kepada orang lain.

Senang cerita. Bila anda kentut berbunyi atau kentut tak berbunyi, praktikkan hadis ini. Bila dah kentut, kan segan nak keluar. Sebab tu, picit hidung, seolah-olah hidung anda berdarah. Kan dah tak berapa nak malu kan nak keluar. Lagi satu, ia sekali gus menafikan tipu daya syaitan, yang menyebabkan seseorang tak nak keluar walaupun dah ternyata wudhuknya telahpun terbatal.

Dalam hal ini, dibolehkan sama ada nak keluar melalui saff-saff atau dia berjalan ke bahagian tepi masjid untuk keluar mengambil wudhuk, dan menyertai solat semula.


0 comments:

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates