09 June 2012

Punk?

0 comments
Orang muda cakap, kalau buat rambut Punk atau Mohawk, baru nampak ganas. Baru nampak macho. Macho ke? 

Err..Bayangkan cikgu berambut macam ni. haha

Sebenarnya, ada larangan mencukur kepala pada satu bahagian, dan meninggalkan bahagian yang lain. Ianya dikenali dengan nama 'qazak'. 

Ada hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Abdullah bin Umar r.a, bahawasanya dia berkata, Nabi saw telah melarang dari mencukur setengah kepala anak kecil, dan meninggalkan yang setengah, iaitu qazak.

Qazak ni pula terbahagi kepada empat jenis :
  1. Cukur bahagian tertentu dari kepala
  2. Cukur tengah sahaja dan tinggalkan sekelilingnya
  3. Cukur yang tepi sahaja dan meninggalkan yang tengah
  4. Cukur hadapan sahaja dan meninggalkan yang di belakang
Kata Ibnu Qayyim, ia jelas menunjukkan kesempurnaan Allah dan Rasulnya dalam hal keadilan. Yelah. Adil. Adil untuk rambut. Malu kat orang, setengah gondol, setengah lagi berambut. Kan pelik. Sama juga halnya dengan larangan duduk antara tempat yang panas dengan tempat yang teduh. Ada hadis mengenai hal ini. Bila duduk di tempat yang setengah badan terkena panas, dan setengah badan di tempat teduh, kena beralih tempat. Sebab apa? Sebab kesian kat badan, umpama menganiaya setengah badan. 

Tak boleh juga berjalan dengan hanya sebelah kasut. Sebelah berkasut, sebelahnya berkaki ayam. Yang dibolehkan, kedua-duanya berkasut atau berkaki ayam sahaja. Islam is the best wok!

0 comments:

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates