12 July 2012

Hmmmm..

0 comments
Achuuumm!! Alhamdulillah..Bila dengar kawan atau orang lain sebut Alhamdulillah lepas bersin, jawablah Yarhamukallah, moga-moga Allah merahmatimu. Bila orang kata Yarhamukallah, orang yang bersin tu patut cakap, Yahdiikumullaah wayushilu baalakum, moga-moga Allah beri kamu hidayah dan membersihkan hati kamu.

Tapi...

Para ulama' mengatakan, makruh yang hampir kepada haram apabila seorang lelaki mendoakan kepada seorang wanita yang muda apabila dia bersin. Muda. Tidak mengapa kalau yang bersin itu orang tua. Sebab apa ye? Sebab nak elak fitnah, atau dosa yang mungkin terjadi selepas itu. Kan Nabi dah pesan,

ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء
Tidak aku tinggalkan selepasku fitnah yang paling dahsyat atas pemuda melainkan fitnah wanita


Kata Ibn al-Jauzi, kami telah meriwayatkan daripada Imam Ahmad bin Hanbal, ada seorang 'abid (yang banyak ibadahnya) dalam majlis Imam Ahmad. Kemudian, isteri Imam Ahmad bersin. 'Abid tadi pun menjawab, Yarhamukillaahu, moga-moga Allah merahmati kamu. Kata Imam Ahmad, ini 'abid yang jahil. Yang dimaksudkannya ialah, orang tu jahil tentang hukum makruh mendoakan wanita yang bukan mahramnya.

Tengok. Gerun. Perbuatan yang kita anggap sebelum ini perkara yang mulia, mendoakan orang yang bukan mahram pun distatuskan makruh, apa lagi bercampur gaul dengan yang bukan mahram. Mesej. Telefon. Dating. Beruda-duaan. Cinta setengah mati. Aih.

Ibn Kathir berkata, Allah perintahkan percakapan lelaki dan wanita ketika berhubung dengan tegas, jelas dan sopan, iaitu ringkas tanpa ada maksud lain. Tak boleh bercakap dengan suara yang menggoda, manja dan lembut. Perbuatan ini dilarang syarak.

Syeikh Muhammad Soleh 'Uthaimin r.h kata, tak dibenarkan hubungan percintaan antara lelaki dan perempuan. Jika lelaki itu ingin mengahwininya, berjumpalah dengan walinya. Begitu juga jika seorang perempuan ingin mengahwini seorang lelaki, maka beritahulah walinya. 

0 comments:

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates