27 July 2012

Mati itu Pasti

0 comments
Wahai anakku, demi Allah, seolah-olah gunung-gunung yang wujud di permukaan bumi ini diletakkan atas dadaku dan seakan-akan aku menghidu udara dari lubang jarum kerana sesak nafas. Ini jawapan 'Amr bin al-'Ash ketika dalam sakaratul maut, apabila anaknya bertanya kepadanya berkenaan kematian.

Sakit. Itu pasti. Ia pertarungan yang amat dahsyat.

Kata Ka'ab al-Ahbar, kematian itu ibarat seorang lelaki yang dipukul dengan sebatang pokok bidara atau pokok yang penuh dengan duri tajam. Setiap duri masuk dan menusuk saraf. Bila pokok itu ditarik, maka setiap duri yang melekat pada urat saraf akan ikut tercabut bersama dengannya. Ini pula jawapan Ka'ab al-Ahbar berkaitan soalan yang dilontarkan Umar mengenai kematian.

Aduh. Aduh.

Bersediakah kita menghadapi kematian? Bagaimana pula persiapan kita menuju akhirat yang kekal abadi? Semua ini pasti terjadi.

Ingat mati. Jadi macam Maimun bin Mahran, yang mana pada setiap malam, ia akan masuk dalam kubur yang digalinya sendiri untuk membaca al-Quran sambil menangis. Selepas itu ia keluar dan berkata kepada dirinya sendiri, Maimun, kamu telah kembali lagi ke dunia. Oleh itu, perbanyaklah dan segeralah beramal soleh. Siapa Maimun ini? Dia ahli ibadah yang zuhud lagi alim. Ahli ibadah. Bukan macam kita. Jauh sekali.

Entry kali ini, mengenai kematian. Kenapa? Sebab teringat arwah ayah. 10 Ramadhan 1432H. Sedih. Sayu. Moga arwah ayah 'bahagia' di sana. Anakmu ini berjanji akan cuba sedaya upaya untuk menjadi anak yang soleh, yang senantiasa mendoakanmu.


0 comments:

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates