21 August 2012

Makan

0 comments
Raya. Raya. Raya. Raya, sangat sinonim dengan makanan yang lazat-lazat. Ketupat ada, rendang ada, ayam masak merah ada, burasak pun ada. Nyum-nyum. Tapi bila raya, masa makan dengan keluarga mahupun tetamu, mesti nak kena bual-bual kan. Tanya khabar. Eh, boleh ke masa makan, kita berbual-bual? Hmm..

Dalam kitab favret saya, yang saya bawa ke mana saja saya pergi, Tarbiah al-Aulad, sunnat bercakap ketika makan, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Jabir r.a katanya,

Bahawasanya Nabi saw pernah menyanyakan isterinya lauk pauk. Maka baginda diberitahu: Tidak ada pada kami melainkan cuka semata. Maka baginda pun meminta cuka itu, serta mencampurkannya dengan makanan, seraya berujar: Sangat sedap lauk pauk cuka ini! Sangat sedap lauk pauk cuka ini!

Ada juga riwayat sahih mengatakan bahawa Nabi saw bercakap-cakap kepada para sahabat, ketika sedang menghadapi makanan dalam beberapa peristiwanya.

p/s : raya jadi terbantut sebab fikir pasal praktikum, confirm baki sebulan ni tiap-tiap minggu kena obseb. Oh my praktikum. :)

Eid Mubarak from Samir Nasri. RESPECT**

0 comments:

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates