01 September 2012

Melihat Bakal Isteri?

1 comments
Ehem. Minggu lepas berkesempatan menghadiri walimah rakan IPG. Alhamdulillah. Bila tengok orang kahwin, mesti semua rasa macam nak kahwin jugak kan. Sabar. Bila dah tiba masa, Allah mudahkan segala urusan. Sebelum nak kahwin, mesti ada calon kan. Calon?

Antara perkara sunat yang digalakkan Islam ialah seorang lelaki melihat perempuan yang ingin dikahwininya sebelum peminangan. SEBELUM PEMINANGAN. Sunat, bila si lelaki benar-benar berniat nak kahwini wanita tersebut dan berharap peminangannya diterima.

Wah, bestnya dapat usya! Cettt..Ada syarat lah. Syarak membenarkan lelaki tersebut melihatnya tanpa meminta kebenaran dan tanpa pengetahuannya supaya dia tak berhias terlebih dulu. Kalau dah berhias, tujuan melihat tak akan tercapai.

Lelaki tersebut boleh lihat dua atau tiga kali jika dia perlu lihat keadaan wanita itu dengan lebih jelas lagi. Ia dilakukan bagi mengelakkan rasa kekecewaan selepas berkahwin. Matlamat tak akan tercapai dengan sekali pandang.

Pesan Nabi kepada Mughirah bin Syu'bah masa dia berazam nak meminang seorang wanita,


انظر إليها فإنه أحرى أن يؤدم بينكما


Lihatlah perempuan itu, kerana ia lebih menimbulkan kasih sayang antara kamu berdua.

Sabda Nabi lagi, Bila seorang dari kamu nak meminang seorang wanita, maka tak salah dia melihatnya, jika dia hanya melihat wanita itu untuk meminangnya, sekalipun wanita itu tak mengetahui perbuatannya.

Opss. Ingat, tengok wanita tu, bukan boleh tengok semuanya. Tengok muka dan tapak tangan, depan dan belakang. Nak tengok semua, kahwin dulu bro. Tengok muka, tunjukkan kecantikan. Tengok tapak tangan, memperlihatkan kesuburan badan dan kelembutannya.

Wanita juga berhak lihat lelaki tersebut jika dia ingin berkahwin dengannya. Wanita juga tertarik  dengan beberapa sifat-sifat lelaki, sama juga lelaki yang tertarik dengan beberapa sifat-sifat wanita.

Oh sweetnya cakap pasal kahwin. Wuu. :)

1 comments:

zulhelmi said...

Huhu kau dah kena kahwin ni Ameer. Semoga mendapat zaujah yang solehah. Amin :)

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates