24 September 2012

Tahajjud

0 comments
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَى أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا

Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu: Mudah-mudahan Tuhan-Mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji- al-Isra' : 79


Ibn Kathir dan al-Zahabi ada menyebutkan tentang Shilah bin Usyaim yang berjihad di sempadan Kabul. Pada malam harinya, dia melakukan qiammullail dan solat tahajjud.

Salah seorang yang mengikutinya berkata, 'Dia berganjak dari tempat tidurnya menuju sebuah hutan di pinggir kota Kabul'. Dia mengatakannya lagi, 'Saya pun naik ke atas pokok hingga melihat apa yang Shilah lakukan di sana. Saya lihat dia bermunajat kepada Allah sambil menangis. Tiba-tiba keluarlah seekor singa daripada hutan tersebut dan nak menghampirinya'.

Demi Allah, dia sama sekali tak berganjak, tak menoleh dan tak bergerak dalam solatnya. Singa itu menghampiri dan berdiri di sebelahnya. Tatkala dia mengucapkan salam daripada dua rakaat, Shilah berkata, Wahai singa, kalau kamu diperintahkan membunuhku, teruskanlah kerana malam ini tak ada yang dapat menolongku melainkan Allah, kalau kamu tak diperintahkan untuk itu, pergilah dan carilah rezekimu dan biarkan ku solat kerana Allah.

Teman ini berkata, 'Demi Allah, aku lihat singa itu tersipu-sipu menggerakkan ekornya dan menundukkan kepalanya. Lalu dia mengaum, kemudian dia pergi. Sementara itu Shilah meneruskan solatnya hingga pagi hari. Pada paginya, aku melihatnya sangat giat dan rajin beribadah, sementara aku melihat diriku orang yang paling malas'.

Indahnya tahajjud. :)

0 comments:

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates