13 April 2013

Kem Bestari Solat

0 comments
11 April 2013. Khamis. 2.30 petang. Bilik Sri Beranang.

Mesyuarat. Macam biasa, guru lelaki tiba-tiba jadi 'limited edition'.

Mesyuarat berjalan lancar. Mungkin menggunakan minyak pelincir Liqui Moly yang harganya beratus-ratus ringgit. Eh, tiba-tiba je.

Sampai part hal-hal lain. Berdiri seorang ustazah memaklumkan jamuan meraikan hari terakhir kami berpraktikum di SK Beranang. Terharu.

Kemudian, dia meyambung. Menyuarakan ketidakpuasan hati berkenaan pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS), di mana arahan terbaru diterima mengatakan guru selain guru agama tidak dibenarkan turut serta mengendali aktiviti LDK dalam KBS.

Emosi. Perempuan dan air mata memang susah nak dipisahkan. Tapi air mata itu bukan sekadar air mata. Ia ibarat permata, memertahan kesucian agama.

Alasan diberi pihak pentadbiran. Guru agama ada tauliah mengajar agama. Guru biasa tidak arif hal agama. Nampak macam ada kebenarannya. Ya, benar. Tapi bila 'dibedah' kembali aktiviti yang direncanakan dalam KBS, ia perlakuan yang sangat basic. Basic.

Bacaan dalam solat, surah-surah pilihan. Alamak. Surah pilihan bukan surah al-Baqarah bos. Basic je.

Kita mengaku seorang Muslim, suka atau tidak, 3 benda ni kena jalan seiring, berpimpin tangan. Ilmu Aqidah, Syariah, Tasauf. 1 tinggal, tak jadi. 2 ada, 1 tak ada pun tak jadi juga. Kena 3. Baru cukup syarat.

Kalau tak ada ilmu. Belajar. Aku rasa guru agama pun perlu mainkan peranan, merencana strategi menyebarluas pemahaman mengenai solat dari A-Z kepada para guru biasa.

Kalau tak mampu memberi ceramah, apa salah 'memasang' ceramah. Letak satu TV atau radio di bilik guru. Cari CD berkaitan solat. Bedah buku berkaitan solat. Buat usrah. Kena bijak. Work smart.

Guru biasa pun, kena lah alert dengan bab agama. Master dalam BI, tak bermakna kena abaikan agama. Kena rajin pergi kuliah. Selangor. Terlalu banyak majlis ilmu di sekitarnya. Untung orang Selangor.

Aku sebagai guru praktikum. Hanya mampu tersenyum mendengar 'perbalahan' dalam mesyuarat. Aku kesian dekat guru agama. Kan kerja secara berjemaah itu lebih berkesan, tusuk ke dalam hati. Kan. Kan.

Rock oo!!

0 comments:

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates