23 May 2013

Minta Pada Allah

0 comments
وَإِن يَمْسَسْكَ اللّهُ بِضُرٍّ فَلاَ كَاشِفَ لَهُ إِلاَّ هُوَ وَإِن يَمْسَسْكَ بِخَيْرٍ فَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri dan jika Dia mengenakan (melimpahkan) engkau   dengan kebaikan, maka Dia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu

وَهُوَ الْقَاهِرُ فَوْقَ عِبَادِهِ وَهُوَ الْحَكِيمُ الْخَبِيرُ
Dan Dialah yang Berkuasa atas sekalian hambaNya (dengan tadbir dan takdir); dan Dialah Yang Maha Bijaksana serta Amat Mendalam PengetahuanNya

Ulama berkata dalam kitab al-Tashil, ayat ini (surah al-An'am : 17-18) menjadi bukti atas keesaan Allah SWT dengan hanya Allah SWT yang dapat memberi kemudaratan atau kebaikan.

Alhamdulillah, tamat sudah Semester 7. Pelbagai perkara ditempuhi, baik manis, pahit mahupun payau. Err. Sejujurnya, semester ini merupakan semester yang paling seronok bagi aku. Praktikum 3 bulan. Paper pun cuma 2. 

Exam kali ni pun, aku rasa aku dah usaha sebaik mungkin. Tak keterlaluan aku cakap, semester ni, aku pulun habis-habis. Tapi yelah, aku ni bukan jenis yang boleh score masa exam. Cukup-cukup makan je. Ok lah kan cukup makan, dari kelaparan. Kenyang sangat pun tak elok. :)

Jangan meminta hajat kepada yang lain selain Allah SWT. Allah yang berkuasa atas setiap apa yang berlaku. Jangan berhajat pada manusia, sebab manusia pun punya kelemahan. Hajat mereka sendiri pun tak mampu mereka peroleh, apa lagi hajat yang lain. Minta pada Allah. 

Nak cemerlang exam, minta pada Allah. Nak dapat pasangan yang baik, minta pada Allah. 

Jangan kamu minta kepada anak Adam sebarang hajat,
Mintalah pada Allah SWT, kerana pintunya tak terhijab,
Allah amat murka kamu tak meminta kepadaNya,
Sedangkan anak Adam bila diminta, amat marah

~Pujangga~






0 comments:

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates