02 June 2013

3 Kali Je

0 comments
Bila ada orang bersin banyak kali, yang sunat mendoakannya hanya tiga kali sahaja. Iaitu sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud dan al-Termidzi daripada Salamah bin al-Akwak r.a :

Telah bersin seorang lelaki di hadapan Rasulullah SAW dan saya hadir di majlis itu, maka Rasulullah SAW telah mendoakannya 'Yarhamukallah' (Moga-moga Tuhan merahmati kamu). Kemudian orang itu bersin lagi kali kedua dan kali ketiga, dan pada tiap-tiap kali di bersin, baginda mengucapkan 'Yarhamukallah'. Kemudian baginda berkata : Orang ini kena selesema.

Tak wajar doakannya lagi lepas dah bersin tiga kali, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn As-Sunni daripada Abu Hurairah r.a katanya, Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda :

'Apabila seseorang kamu bersin, hendaklah orang yang berdekatan dengannya mendoakannya. Tetapi jika dia bersin lebih dari tiga kali, maka dia kena sakit selesema, dan tiadalah dia didoakan lagi'

Kebanyakan para ulama menghukumkan sunnat untuk mendoakan orang yang bersin lebih dari tiga kali, agar Allah menyembuhkannya dari penyakit selesema, dan ia bukanlah termasuk hukum 'tasymit', iaitu mendoakan orang yang bersin itu.  

0 comments:

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates