17 August 2013

Rilex Brader

0 comments
Ibnu 'Ajlan rhm. meriwayatkan daripada Sa'id al-Maqburi rhm, daripada Abu Hurairah ra :

Sesungguhnya seorang lelaki telah memaki Abu Bakar r.a di sisi Nabi SAW, sedangkan Nabi SAW duduk tanpa berkata apa-apa. Tatkala lelaki itu diam (dan habis bercakap), Abu Bakar r.a pula pergi bercakap (membalas cacian tersebut).

Lalu Rasulullah SAW bangun (beredar dari tempat itu), dan dikejar oleh Abu Bakar r.a seraya berkata :

'Wahai Rasulullah! Dia telah memaki saya, sedangkan Tuan duduk (dan diam sahaja). Tetapi tatkala saya pergi bercakap, Tuan bangun (dan beredar)'

Baginda pun bersabda : 'Sesungguhnya malaikat telah mempertahankan kamu (ketika kamu diam). Tatkala kamu bercakap, malaikat itu pun pergi, dan syaitan pula datang. Jadi, aku tidak suka duduk (di tempat yang didatangi syaitan)'.

(Diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman; dan al-Baghawi dalam Syarhu as-Sunnah. Menurut al-Bukhari, yang lebih sahih ialah hadis ini mursal)

Lepas ni, kalau kita kena kutuk, kena bahan, kita kena steady. Rilex, senyum seindah suria.

Amalkan :)

0 comments:

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates