27 September 2013

Seorang Kawan

0 comments
Sejak aku duduk luar semula, aku jadi sangat rapat dengan seorang kawan ni. Kalau tak kenal dia betul-betul, ramai yang akan cakap dia ni jahat. Tak. Tak jahat. Unik.

Pernah dia cakap, 'Aku tak boleh nak masuk dengan budak Pengajian Agama batch kita'. Aku tersenyum, memahami. Biarlah.

Sekarang, aku bertanggungjawab bantu dia jadi orang yang lebih hebat peribadinya. Aku suka sangat-sangat bila dia cakap, 'Mer, kau pergi masjid? Aku nak ikut'.

Senyum, senyum, senyum. Sayang kau, kawan. Kerana Allah. Biarkan orang menilai kau dengan pandangan, tapi aku akan tetap menilai kau dengan hati :)

0 comments:

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates