02 October 2013

Banyakkan Berselawat

0 comments
Semasa sedang bertawaf, Sufyan ath-Thauri terdengar seorang lelaki yang tidak lekang dari berselawat ke atas Nabi. Dia kehairanan, lantas mendekati lelaki tersebut dan bertanya, 'Wahai tuan, kenapa engkau berselawat ke atas Nabi, sedangkan ada doa yang ma'thur dari Nabi ketika melaksanakan ibadah tawaf?

Lelaki tersebut pun bertanya kepada Sufyan, 'Engkau siapa?' Lantas dia menjawab, 'Aku Sufyan ath-Thauri'. Terdengar namanya, dipeluk erat  lelaki tersebut. Kenal nama, tapi tak kenal rupa. Ini orang soleh. Jumpa ulama', peluk tanda kasih dan sayang.

Lelaki tersebut pun menjawab persoalan Sufyan. Semasa ayahku meninggal dunia, mukanya bertukar menjadi hitam kehitaman. Lelaki tadi sedih. Ayahnya bukan orang yang jahat. Kenapa wajahnya bertukar menjadi hitam? Menangis. Menangis lelaki tersebut, sehingga tertidur di pangkuan jenazah ayahnya.

Dia bermimpi. Seorang insan berwajah putih bercahaya mendatanginya. Ya. Rasulullah. Dia bermimpi Rasulullah! Rasulullah pun bersabda, 'Ayah kamu seorang yang fasiq. Dia minum arak. Dia buat maksiat. Tetapi, lidahnya senantiasa dibasahi dengan selawat ke atasku'

Lelaki tersebut terjaga. Dibukanya selimut yang menutupi wajah ayahnya. Bertukar. Wajah jenazah ayahnya bertukar menjadi putih bersih, suci. Sejak dari peristiwa itu, lelaki tersebut senantiasa berselawat atas Nabi SAW. Walau banyak zikir-zikir lain, dia tetap berkeras, selawat atas Nabi adalah yang paling hebat, berdasarkan pengalaman yang telah dilaluinya.

Ringkasan kuliah maghrib 30 September 2013, Surau as-Sobah, Ust Khusairi Hamdan.

Aku jatuh cinta dengan ust ni. Kelakar. Banyak ilmu. Dan. Dan, dia bagi kuliah dalam dialek N9. Uniknya!

0 comments:

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates