04 October 2013

Peluh di Dahi

0 comments
Sebuah hadis shahih yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban, Abu Daud, An-Nasa'i dan At-Timidzi disebutkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

المؤمن يموت بعرق الجبين
Orang mu'min itu mati dengan berpeluh di dahinya

Kata sebahagian ulama', jika seorang mu'min itu sedang berhadapan dengan sakratul maut, dia akan berpeluh kerana siraman air yang dibawa oleh malaikat.

Ada juga yang berkata, dia mati dalam keadaan berkerja keras dan bersungguh-sungguh dalam melakukan 'amal shalih. Dengan demikian, peluh di dahi itu sebagai simbol dari kerja keras dan kesungguhannya dalam beramal shalih dan bertaqwa kepada Allah, sehingga ketaqwaan dan amal shalihnya itu telah mencapai kemuncak-nya ketika dia bertemu Allah.

Siapa orang mu'min itu? Dia dalah orang yang ikhlas beramal kerana Allah, menjunjung perintahNya, menjauhi laranganNya dan mengamalkan apa yang terkandung dalam al-Quran dan as-Sunnah.

Sakaratul Maut, Dr ;Aidh bin Abdullah Al-Qarni :)

0 comments:

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates