12 October 2013

Jom Tahajjud :)

1 comments
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَى أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا 
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajjud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji

Hassan al-Basri Rahimahullah berkata, 'Aku tidak dapati mana-mana ibadat lebih payah daripada solat pada tengah malam. Beliau ditanya : Bagaimana keadaan ahli tahajjud yang muka mereka sangat bersih? Jawabnya : Ini adalah kerana mereka bersendirian dengan Tuhan yang Rahman, lantas dipakaikan kepada mereka daripada cahayaNya.' 

Macam mana nak istiqamah dengan solat sunat tahajjud?

Ada dua syarat, iaitu syarat zahir dan batin.

Antara syarat zahir adalah :

~Tidak makan terlalu banyak. Jangan makan banyak, nanti kamu akan minum banyak, tidur banyak dan akan sesal banyak

~Jangan berpenat pada siang hari dengan kerja-kerja yang membebankan

~Jangan tinggalkan qailulah pada siang hari

Antara syarat batin pula adalah :

~Menjauhkan dosa. al-Thauri berkata, aku dihalang untuk qiamullail selama lima bulan kerana satu dosa yang aku lakukan

~Selamatnya hati daripada prasangka dan perasaan tidak baik kepada orang Islam

~Jauhkan amalan bidaah

~Berpaling daripada kelebihan dunia

~Mengetahui kelebihan qiamullail

Jom istiqamah bertahajjud. Muka berseri dengan tahajjud. :)

Q&A Bersama Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

1 comments:

cahaya bintul solehah said...

Ada satu kisah benar..ada seorang hamba Allah ni selalu bangun tahajjud..dan bila dia meninggal dunia,tertera kalimah ALLAH atas dahinya dan jasadnya berbau sangat wangi..Subhanallah...

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates