09 June 2014

Mula = Akhir

1 comments
Assalamu'alaikum. Lama sungguh tak update blog, dek kerana kekangan masa.

Alhamdulillah, 1 April 2014, aku ditempatkan di SK Taman Universiti 1, Skudai. Berulang-alik dari Pontian, 50 km, 45 minit.

Aku kagum dengan Guru Besar. Hebat. Kemas. Alim. Penyayang. Tak pernah marah. Kerana sikapnya, setinggi-tinggi penghormatan diberikan kepadanya oleh warga sekolah.

Aku teringat satu peristiwa yang memperlihat ketinggian ilmu yang dimilikinya. Masa tu, kami berlima pergi ke bilik GB, atas urusan perakuan 'Aku Janji'. Selesai urusan, ada seorang rakan minta izin untuk tidak menghadirkan diri ke majlis Hari Terbuka, diadakan pada hari Sabtu. Katanya, ada orang nak datang merisik.

Beliau senyum, lantas membenarkan permintaannya. Beliau menyambung, proses perkahwinan ni, kena tengok dari permulanaanya. Kalau dari fasa merisik, bertunang, bernikah serta walimah berjalan lancar, insyaAllah mudahlah urusan selepas perkahwinan. Rumahtangga aman damai, tanpa ada sebarang masalah.

Aku turut tersenyum, kerana kata-kata GB, aku teringat semasa menghadiri kuliah Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, yang membincangkan hikmah yang ke 26, dalam Syarah al-Hikam, suatu masa dulu. Lama. Cukup lama.


Jika permulaan dengan Allah, pasti kesudahannya juga kepada Allah. Itu kejayaan hakiki.

Kata Ibn 'Ajibah, Jika kamu mahu cita-citamu berjaya dan hajatmu sampai perlulah pada awalnya lagi kamu kembali kepada Allah.

Kata Syeikh Zarruq, Antara alamat kerugian pada kesudahan sesuatu adalah dengan kembali kepada nafsu pada permulaannya. Jika permulaannya dengan Allah, pasti kesudahannya juga kepada Allah

Keep smile, Ameer. Betulkan niat. Niat yang baik, insyaAllah, Allah permudahkan. :)

#bekerjamerupakanibadah!





1 comments:

IshraqHannan said...

assalamualaikum...wahh dapat ngajar kat skudai ek... tahniahhh!!!

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates