Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang yang beruntung (ali-Imran : 104)
Setiap individu bergelar Muslim wajib menyeru kepada kebaikan dan mencegah perkara mungkar..Ia merupakan paksi yang teragung dalam agama Islam..Dan sebab itu jugalah mengapa Allah mengirim para rasul dan nabi ke dunia ini..
Dalam konteks individu, perlu bagi kita mengingati antara satu sama lain akan perkara yang dapat mendekatkan kita kepada Allah SWT..Tetapi, tidak semua orang boleh menerima teguran dan nasihat yang berguna..Contoh, kita menyatakan bahawa zina itu haram kepada seorang rakan yang memang sudah jauh dari kehidupan beragama..Zina sudah sebati dengan kehidupannya..Dan kita sendiri nak hukum si penzina ini dengan hukuman yang disarankan dalam Islam..Apa reaksi rakan tersebut? Konfem dapat penumpuk free..Sebab itu..perlunya kuasa kerajaan..Sebagai badan pelaksana dan tindakan susulan kepada penyelesaian masalah tersebut...
Sebuah kerajaan Islam..Kerajaan yang mengagungkan al-Quran dan sunnah..Dengan kuasa kerajaan, kita dapat mengimpikan hukuman hudud, qisas dan takzir dapat dilaksana...Dengan kuasa...Dengan kuasa yang berpaksikan Islam..Bukan dengan kuasa yang mengikut hawa nafsu dan telunjuk syaitan..Dengan kuasa, kerajaan dapat membina sebuah masjid..dan dengan kuasa juga, boleh pula menghalalkan judi..Kerajaan apakah ini..Bercampur aduk bagai kabinet di dapur..
Bagaimana kita nak dapatkan sebuah kerajaan yang berkuasa dengan kuasa Islam itu? Sudah terang lagi bersuluh..Xperlu pakai spotlight lagi..Islam datang sebagai penyelesai kepada sesuatu masalah..Seperti juga Math, setiap masalah boleh diselesaikan..Andai kita punyai usaha..Bagaimana nak selesaikan masalah pembuangan bayi andai tiada usaha untuk memahami hukuman Islam..
Kita gunakan parti sebagai medium menegakkan apa yang disuruh Allah dan ikut apa yang dilarangnya...Sudah masanya kita untuk berubah..Berubah kepada perjuangan Islam..
Terima kasih kepada ayah dan mak yang tak putus2 mentarbiyyah diri ini agar memahami mana satu perjuangan yang diredhai dan mana satu perjuangan yang dimurkai..
15 June 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment