Beberapa golongan Muslim yang terdapat di Malaysia yang boleh dikategorikan :
1. Muslim yang ibu bapanya Islam, walaupun ibu bapanya tidak begitu faqih bab Islam, namun anak2 mereka berusaha untuk memahami Islam dengan lebih baik..lantas anak2 aktif menceburkan diri dengan pelbagai aktiviti di IPTA mahupun IPTS dimana aktiviti seperti usrah, qiyamullail, majlis ilmu, tarbiyyah dan sebagainya giat dijalankan..
2. Muslim yang lahir daripada ibu bapanya yang beragama Islam. Ibu bapa jahil bab Islam dan anak2 mewarisi kejahilan ibu bapanya dek kerana malas mempelajari Islam dengan baik. Xnak menghadiri kuliah Maghrib dan Subuh secara percuma..Mereka Islam secara warisan, keturunan atau baka..Golongan seperti ini semakin bercambah di negara kita..Bapa borek, anak rintik..Bapa jahil, anak 2kali lebih jahil..
3. Muslim yang banyak menyusahkan Islam dengan penampilan tidak Islamic, cara berfikir juga tidak selari dengan tuntutan Islam..Sehingga lahir satu pemikiran yang mengatakan Islam tidak sesuai lagi di zaman kereta..Ia hanya sesuai di zaman unta..sama lah juga yang mengatakan hukuman hudud adalah hukuman rimba..Mereka mempersenda agama mereka sendiri..Lantas menyokong fahaman sekularisme, kapitalisme, nasionalisme, sosialisme dan pelbagai lagi fahaman yang terkeluar dari landasan Islam..
4. Individu Melayu yang langsung tidak mengetahui agama Islam dek kerana sistem pendidikan yang terlalu sekular..Mereka belajar Pendidikan Islam, tetapi ia bagai mencurah air di daun keladi..Masuk telinga kiri..keluar telinga kanan..sebab hati mereka sudah gelap..Ustaz dan ustazah juga tersilap langkah dalam mendidik anak bangsa..susah untuk menerima ilmu yang baik dan bermanfaat..Pendek kata inilah hasil daripada penjajahan Inggeris yang ingin melihat anak2 Islam hanyut dengan hiburan yang melalaikan..Jauh dari kehidupan beragama..Yahudi juga turut tersenyum bersama melihat keadaan anak muda kita hari ini...
5. Muslim yang memahami apa yang dimaksudkan dengan ISLAM..Lantas kehidupan mereka berpaksikan ajaran al-Quran dan sunnah..kehidupan mereka dihiasi dengan hiburan zikrullah, ilmu yang bermanfaat..Pendek kata, mengamalkan Islam secara keseluruhan..tidurnya, makannya, pergaulannya, semuanya mencontohi Rasulullah..Kerana Bagindalah manusia teragung..
17 June 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment