19 June 2010

Lembu..a.k.a cow

0 comments
Dan sungguh pada hewan-hewan ternak terdapat suatu pelajaran bagimu. Kami memberi minum kamu dari (air susu) yang ada dalam perutnya, dan padanya juga terdapat banyak manfaat untukmu, dan sebagian darinya kamu makan (Al-Mu'minun : 21)

Alhamdulillah, dengan izinNya, semalam 3 ekor lembu selamat samapai ke rumahku..sekor jantan, 2ekor betina..


Wah...gantengny..si jantan yang macho..ker?




2 ekor lembu betina yang bakal di 'usha' oleh si jantan..

Berbalik pada ayat 21 dalam surah al-Mu'minun, jelas menunjukkan bahawa setiap ciptaan Allah ada fungsinya..Allah menjadikan seseuatu bersebab..Allah menjadikan manusia adalah untuk beribadah kepada Allah..Sebab itu Allah mengutus para Rasul untuk dijadikan panduan dalam melayari bahtera kehidupan..Rasulullah juga berniaga..tetapi bagaimana cara Baginda berniaga sehingga ia menjadi suatu ibadah..Dengan tiada unsur riba, amanah, jujur..

Jangan sesekali mengabaikan kehidupan dunia kerana dunia merupakan ladang untuk kita bercucuk tanam dengan amal kebajikan..Dan hasilnya boleh dituai di akhirat kelak..Jika tanaman kita dibajai dengan baja yang berkualiti dan secara berterusan, kita akan mendapat hasil yang memuaskan..Jika kita biarkan saja tanaman tanpa dibaja, ia tidak sesegar tanaman yang dijaga dan dibaja..Begitu juga amalan kita..Jika istiqamah dalam melakukan amal soleh walaupun dalam kadar yang termampu, ia lebih elok jika nak dibandingkan beramal dengan banyak tetapi tidak konsisten..

Allah ciptakan lembu pun banyak manfaatnya kepada manusia..susunya mampu meningkatkan tahap kesihatan dengan izin Allah..dagingnya boleh dimakan..tulangnya boleh dibuat sup..Pendek kata, haiwan juga adalah makhluk ciptaan Allah..seperti manusia..cuma bezanya manusia diberi akal..

Dan tidak ada seekor binatang pun yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapya, melainkan semuanya merupakan umat-umat (juga) seperti kamu (al-an'am : 38)

Justeru..kita juga perlu berbuat baik pada haiwan..tapi berpada2lah...jangan sampai sibuk menjaga lembu, solat 5 waktu diabaikan..penat menjaga lembu, sampai tidak larat nak berpuasa di bulan Ramadhan..

Sy suke tengok lembu betina tuh...comel!!

0 comments:

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates