Demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)nya. Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaan. Sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu). Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya. (Asy-Syams : 7-10)
Fitrah jiwa manusia adalah terarah untuk melakukan perkara kebaikan. Hal ini kerana Allah telah menjadikan setiap hati manusia lurus untuk melakukan amal kebajikan. Ianya fitrah. Tetapi, manusia sendiri yang mencuba untuk membengkokkan kelurusan hati tersebut dengan melakukan perkara yang dilarang oleh Allah. Setiap anak Adam tidak terlepas daripada bayangan untuk melakukan kejahatan dan amal kebajikan. Memetik sabda Rasulullah SAW mafhumnya:
Setiap anak Adam melakukan kesalahan. Dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan adalah mereka yang sentiasa bertaubat
Sebab itu, jika seseorang yang sentiasa beribadah melakukan perkara yang mendatangkan dosa, jangan terus menghukum orang tersebut bahawa dia akan menerima azab yang pedih di akhirat kelak. Sebagai contoh, orang yang selalu solat secara berjemaah, tiba2 satu hari dia dengan secara tidak sengaja mengeluarkan kata-kata yang kesat dek kerana terlalu marah. Jangan terus menyalahkan orang tersebut bulat2. Mungkin pada hari tersebut, imannya lemah dan syaitan berpangkat janeral sedang menguasainya. Sebagai orang yang beriman, kita hendaklah menasihatinya dan jangan mengkejinya. Mengambil kisah tauladan seorang insan beragama Islam telah menukar agama kepada Kristian. Berapa ramai yang berdoa supaya Allah memberi semula hidayah kepada orang tersebut agar dia kembali kepada agama yang diredhai Allah? Kita bulat2 melaknat orang tersebut. Ia adalah bukti betapa hati kita hitam dipenuhi dengan debu2 dosa yang kerap dilakukan.
Berbalik kepada hadis di atas, sebaik2 yang melakukan kesalahan adalah yang sentiasa bertaubat kepada Allah. Taubat itu luas pintunya. Istighfar itu dapat menghapuskan dosa2 kecil yang sering kita lakukan. Tetapi perlu diingatkan, Imam al-Ghazali menyatakan bahawa, zikir selain membaca al-Quran hendaklah dilakukan atas 3 perkara:
- Faham akan apa yang kita ucapkan
- Berzikir dengan menyertakan hati bersamanya
- Dengan lafaz
Berapa ramai orang yang bila berzikir, hatinya turut berzikir? Yang ramai adalah mulutnya berzikir, tetapi hatinya ingat perkara lain. Lagi2 pada musim demam bola seperti hari ini. Sehinggakan kita semua lupa akan keistimewaan bulan Rejab ini.Ramai yang qiam untuk menonton bola sepak. Benar..Sukan merupakan salah satu agenda Yahudi dalam melalaikan umat Islam. Berbicara mengenai hati..Umum mengetahui hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim :
Ketahuilah! Di dalam badan ada seketul daging. Apabila ia baik baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak rosaklah sekaliannya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati
Hati kita pada asalnya suci bersih..Kerana fitrah manusia dicitakan Allah dengan hati yang bersih. Kita yang bertanggungjawab dalam memastikan hati kita sentiasa bersih ataupun biarkan sahaja ianya berkarat. Untuk memastikan hati sentiasa bersih, hendaklah kita sentiasa mentaati perintah Allah..Menjauhi akhlak keji dan hina dan pelbagai amal kebajikan yang mampu meneutral kembali hati kita..Dan kita sendiri boleh mengenalpasti bahawa hati kita berada dalam keadaan bersih ataupun tidak. Bagaimana nak kenalpasti? Jika seseorang melakukan dosa, hatinya tidak tenteram..Jika dia mengumpat orag lain, dia berasa seperti 2 bukit di Mekah berada di kepalanya..
Ingin saya bawakan beberapa tingkatan kepada orang yang sering melakukan dosa tanpa diiringi dengan taubat dan istighfar. Melakukan dosa, lalai, seronok, pertahankan dan lari daripada mendengar orang mengajak pelaku dosa tersebut untuk kembali bertaubat. Untuk memudahkan pemahaman, saya sertakan sekali dengan contoh yang mudah dilihat di negara kita sendiri. Pasangan yang belum bernikah..Duduk berdua2an di tempat yang sunyi..Sambil melakukan pelbagai aksi yang tidak senonoh..Ianya terang2 melanggar perintah Allah..Jelas..ianya DOSA! Apabila seringkali berjumpa dan melakukan aksi yang sama, ia MELALAIKAN pasangan tersebut sehingga melanggar waktu2 solat seperti maghrib dan isya'..Kemudian, akan timbullah dalam diri pasangan tersebut bahawa melakukan maksiat seumpama rupa MENYERONOKKAN kedua belah pihak..Apabila terlalu seronok, mereka akan mempertahankan perbuatan mereka..Bila sudah berdua2an di kawasan gelap, makan datanglah pihak yang berkenaan bagi mengambil tindakan..Lantas pasangan tersebut akan berusaha sebaik mungkin untuk menidakkan perbuatan yang mereka lakukan..mereka PERTAHANKAN perbuatan maksiat yang telah dilakukan..Dek kerana tidak tahan dengan hukum dan larangan Allah, mereka mengambil keputusan untuk meninggalkan agama Islam..Kerana apa?Kerana mereka bebas untuk melakukan apa sahaja..Semoga dijauhkan kepada ahli keluarga dan rakan2 kita..
Jagalah hati anda..kerana ianya begitu berharga..ianya mahkota yang paling berharga bagi setiap manusia...
28 June 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment