Mata, tangan, mulut, kaki dan seluruh anggota badan adalah kurnian Allah kepada kita..Subhanallah..Tanpa mata, bagaimana kita hendak membaca al-Quran..Hebat..Hebat ciptaan Allah..Tetapi..terlalu ramai individu yang menyalahgunakan nikmat kurnian percuma ini untuk menambah jumlah dosa yang kerap dilakukan..
Dalam sebuah riwayat, diceritakan Nabi Muhammad SAW pernah menggerakkan tangannya untuk memalingkan wajah Al-Fadhl yang sama2 sedang melakukan ihram bersama Baginda..Dia memandang seorang wanita yang bukan mahramnya dengan sengaja..Mata...Terlalu mudah untuk melakukan dosa..Terkadang agak bengang bila melihat ada sebuah drama yang menggunakan tajuk (Apa dosa ku) sebagai daya penarik bagi para penontotn untuk mengetahui apakah intipati drama tersebut..Boleh tanya apa dosa kita??Terlalu banyak..Even kita pergi kuliah untuk menuntut ilmu pun kita telah melakukan dosa tanpa disedari..Bagaimana?Dengan melihat yang bukan mahram..Biasa lah..orang muda..Fitrah kita melihat orang yang berlainan jantina dengan kita..Memang benar..Tapi ia bukan penghalal cara untuk kita terus melihat apa yang jelas haramnya..Sabar...Sabar..Jaga pandangan..Bagaimana pula nak mendapatkan sabar? Dengan ikhlas beribadah kerana Allah..Dengan solat yang sempurna..khusuknya, ruku'nya..sujudnya..Bukankah solat itu pencegah daripada kita melakukan kemungkaran?
Dari mata..turun ke hati..Bagaimana kita boleh jatuh cinta kat seseorang jika kita yang membenarkan mata melihat kepada orang yang dicintai tersebut..Sebab mata juga, kita boleh mendapatkan khusyu'..Dan sebab mata juga..Kita ke neraka..Pandangan mata adalah panahan daripada syaitan..Benar..Syaitan ini terlalu licik..pelbagai strategi yang dia ada untuk melemahkan iman anak Adam..Jika kita membiarkan mata kita lihat perkara2 yang dilarang, dikhuatiri iman kita akan terhakis..ia tidak terhakis dengan mendadak..Akan tetapi, ianya berkurang hari demi hari..Jika sebelum ini kita rajin melakukan amal kebajikan..Tetapi dek kerana pandangan mata yang tiada batasnya menyebabkan kemanisan dalam beribadah itu hilang dan lenyap begitu saja..
Sesungguhnya Nabi Muhammad adalah insan yang sangat2 menjaga pandagan mantanya..Mengapa kita tidak menjadikan Baginda contoh tauladan? Tepuk dada tanya iman..Ummi Salmah pernah berkata, 'Semasa saya dan Maimunah berada disisi Rasulullah, tiba2 masuk ke tempat kami Abdullah bin Ummi Maktum, kejadian itu selepas ayat bagi berhijab diperintahkan kepada kami. Maka Nabi berkata, Berhijablah kamu daripadanya'. Kami menjawab, 'Ya Raulullah, bukankah dia seorang buta dan tidak dapat melihat kami?' Jawan Nabi, 'Apakah kamu juga buta, tidakkah kamu melihat kepadanya?'
Jom hayati ayat ke 30 dan 31 dalam surah an-Nur..Jangan sekadar tengok sahaja..Tetapi fahamilah ia..Jiwailah ia..
29 June 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment