Jika seorang Muslim bermimpi akan perkara buruk, maka hendaklah ia melakukan perkara berikut:
1. Meludah ke kiri tiga kali
2. Memohon perlindungan kepada Allah dari syaitan 3 kali.
3. Memohon perlindungan Allah dari kejahatan mimpi itu.
4. Bangun untuk solat
5. Menukar sisi tidur sekiranya mahu menyambung tidurnya semula.
6. Tidak menceritakan kepada sesiapa.
7. Tidak mentafsir mimpi itu sendiri dan tidak menyuruh orang lain mentafsirkannya
Dari Jabir Radhiallahu 'anh, Rasulullah SAW bersabda, Jika salah seorang dari kamu mendapati mimpi yang tidak disukainya, hendaklah dia meludah ke kirinya tida kali, meminta perlindugnan kepada Allah dari syaitan dan menukar sisi ke sisi lain (Sahih Muslim)
Jabir Radhiallahu 'anh menceritakan bahawa seorang Arab Badwi datang kepada Rasulullah SAW dan berkata:
Ya Rasulullah, aku bermimpi seolah-olah kepalaku dipenggal kemudian jatuh bergolek lalu aku mengejarnya, Rasulullah SAW bersabda, janganlah kamu ceritakan kepada orang lain tentang mimpi kamu yang dipermainkan oleh syaitan (Sahih Muslim)
13 December 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
jgn ludah byk2.sekadar berpada2.takut sok pg bgn tgelincir lalu terbungkang.benjul kepala nnt.kih2.(^^,)
makin benjol makin menawan la kebotakan kepala ituh!
Post a Comment