06 December 2010

Selamat Menyambut Awal Muharram 1432H

0 comments
Dari Umar al-Khattab katanya, aku dengar Rasulullah SAW bersabda, hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang ia niatkan. Maka barangsiapa hijrahnya kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasulnya. Dan brangsiapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pengertian Hijrah menurut bahasa adalah semata-mata meninggalkan. Istilah hijrah dalam hadis di atas adalah merujuk kepada arahan Allah supaya meninggalkan negeri Mekah lalu berpindah ke Madinah untuk kepentingan Islam. Namun begitu, pengertian umum yang mudah difahami oleh semua adalah hijrah dari melakukan larangan Allah atau meninggalkan sama sekali untuk melaksanakan segala perintah dan yang disukaiNya. Hijrah dengan perbuatan, perkataan dan hati.

'Tidak ada hijrah lagi sesudah kemenangan, tetapi yang ada adalah jihad dan niat dan apabila diperintahkan kamu keluar maka keluarlah'

Imam Nawawi menghuraikan hadis ini dengan mengatakan bahawa kebaikan yang terhenti atau terputus dengan hapusnya hukum hijrah dapat dihasilkan melalui jihad dan niat yang baik dan apabila diperintahkan oleh imam (raja) supaya keluar kepada jihad dan kepada melaksanakan amal yang baik, hendaklah kamu keluar.

Ingin saya tegaskan bahawa mencegah syahwat dan meninggalkan maksiat adalah perbuatan yang tergolong dalam kategori jihad. Bukankah ia bertepatan dengan makna hijrah itu sendiri iaitu semata-mata meninggalkan? Meninggalkan apa sahaja perkara yang dilarang Allah juga dinamakan hijrah. Ia juga selari dengan apa yang dikatakan Rasulullah SAW iaitu 'bahawa orang yang hijrah itu adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang Allah'.

Tinggalkan judi, tinggalkan berfoya-foya, tinggalkan godaan perempuan, tinggalkan perkara sia-sia adalah hijrah. Tetapi bagaimana jika kita meninggalkan UMNO? Satu persoalan yang sangat menarik.

Rasulullah bersabda, jihad yang utama ialah perkataan yang benar disisi sultan (kerajaan) yang zalim.

Ali Usman menyatakan bahawa asal makna “kezaliman” ialah aniaya dan melampaui batas yang telah ditentukan. Zalim menurut ahli bahasa dan kebanyakan ulama’ ialah “Meletakkkan sesuatu bukan pada tempat yang semestinya”, baik mengurangi, menambah atau mengubah waktu, tempat atau letaknya.”.Oleh kerana itu kata kezaliman diertikan sebagai penyimpangan dari ketentuan, baik besar ataupun kecil. Dikatakan orang itu zalim apabila melakukan dosa kecil sekalipun, apatah lagi dosa besar. Sebahagian Hukama’ mengklasifikasikan kezaliman itu kepada tiga:

(a)Kezaliman manusia terhadap Allah s.w.t; …..
(b)Kezaliman manusia dengan sesamanya, iaitu berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain rugi kerana perbuatannya seperti melanggar janji, takbur, membuat kerosakan dan sebagainya; …….
(c)Kezalimam manusia terhadap dirinya sendiri, iaitu berbuat maksiat dan kederhakaan, seperti berzina, minum minuman keras dan melanggar larangan Allah, mengurangi
atau menambah ketentuan yang ditetapkan Allah s.w.t. dan sebagainya" [K.H.M. Ali Usman, “Hadits Qudsi”, C.V. Diponogoro, Bndung, Indonesia, 1976; ms.151-152.]

Ingin saya 'highlite'kan mengenai kezaliman manusia sesama manusia. Kita kaitkan pula dengan kerajaan Barisan Nasional pada hari ini. Bukankah mereka bertindak zalim dengan menganiaya rakyat? Dengan kenaikan harga minyak yang sekali gus menyebabkan harga seluruh barang juga akan naik. Benar, harga pasaran minyak dunia naik. Tetapi, mustahil pihak kerajaan tiada langkah bijak untuk menanganinya.

Kerajaan seharusnya memerintah dengan cermat, jimat dan bestari agar keupayaan hasil negara tidak lenyap begitu sahaja disebabkan terbuang pada projek mega yang tidak bermanafaat lagi membazir. Membazir! Membazir! Itulah perkataan yang sesuai bagi merujuk kepada kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib.

Kita ambil Kelantan sebagai contoh keajaan yang mantap lagi sistematik pengurusannya. Kelantan mampu berdikari dan mampu mencari dana sehingga dapat bertahan selama 20 tahun di bawah pimpinan Tok Guru walaupun ia diberi tekanan dari kerajaan pusat yang kononnya memperjuangkan ketuanan Melayu.

Selama 20 tahun pemerintahan, Kelantan membangun dengan jayana di samping dapat melunaskan hutang kerajaan negeri kepada kerajaan pusat. Kelantan juga dapat memperbaiki kedudukan negeri termiskin dengan menduduki tangga keenam daripada tangga kedua. Berbeza dengan Terengganu yang saban hari dibekalkan dengan wang ehsan oleh BN dan Umno kekal sebagai negeri kedua termiskin. Mana hilangnya duit minyak? Aiyak...

Rakyat mahukan pembaharuan dalam sistem pemerintahan. Rakyat sudah bosan dengan drama kepimpinan Dato' Seri Najib. Mahasiswa mahukan Islam menjadi dasar utama perjuangan sesebuah kerajaan!

Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah semua..

0 comments:

 
Awan Nusantara | © 2011 Design by DheTemplate.com and Theme 2 Blog

Find more free Blogger templates at DheTemplate.com - Daily Updates Free Blogger Templates