Sebahagian ulama Maliki berpendapat isteri tak wajib melakukan kerja-kerja rumah kerana akad hanyalah berkaitan dengan hak istimta' (bercumbu-cumbuan dengan melakukan jima' dan seumpamanya). Perkahwinan bukannya akad sewaan atau pemilikan tetapi ia adalah akad istimta'. Jelas menunjukkan bahawa hak yang diperolehi suami daripada akad hanyalah istimta'. Isteri tak diwajibkan melakukan kewajipan lebih daripada itu. Allah swt berfirman,
فإن أطعنكم فلا تبغوا عليهن سبيلا
Jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka (al-Nisa' : 34)
Sebahagian yang lain pula berpendapat isteri wajib membuat kerja-kerja rumah mengikut adat kebiasaan amalan masyarakat. Kalau dia seorang yang berkedudukan kerana kekayaan bapanya, hendaklah dia mengurus hal ehwal rumahtangga dan menggunakan khidmat pembantu rumah. Jika dia seorang yang sederhana, maka hendaklah dia melakukan perkara sedemikian secara sendirian, tanpa khidmat pembantu rumah. Jika dia lebih rendah daripada itu, hendaklah ia membersih rumah, memasak dan membasuh sendiri. Ia berdasarkan firman Allah swt,
ولهن مثل الذى عليهن بالمعروف
Isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) (al-Baqarah : 228)
Pendapat ini lebih tepat kerana sudah menjadi rutin umat Islam sejak dahulu sehinggalah kini. Bukankah isteri-isteri Nabi s.a.w dan para sahabat membuat kerja-kerja menguli gandum, membakar roti, memasak, membentang hamparan, menghidangkan makanan dan sebagainya.
Lumrah berkeluarga, suami leih banyak menjalankan tugas di luar rumah manakala si isteri pula memikul tanggungjawab besar menyempurnakan kepentingan suami di rumah. Isteri merupakan permaisuri yang bertanggungjawab mendidik anak-anak agar berakhlak dan berbudi pekerti mulia.
Umum mengetahui ketetapan Rasulullah SAW kepada Ali r.a dan Fatimah r.a. Rasulullah menetapkan Fatimah untuk berada di rumah mengurus dan menjaganya, sementara Ali pula bekerja di luar rumah mencari rezeki, berjuang di jalan Allah dan juga untuk kelurganya.
Perkahwinan merupakan perkongsian hidup. Oleh yang demikian, adalah mejadi kewajipan kedua-dua mereka untuk menunaikan hak pasangan masing-masing dan melaksanakan kewajipan dengan sebaik mungkin. Hak yang perlu ditunaikan isteri terhadap suami adalah lebih utama berbanding hak yang wajib ditunaikan suami terhadap isteri.
Rasulullah bersabda, Jika aku hendak menyuruh seseorang sujud kepada seseorang, nescaya aku akan menyuruh seseorang isteri sujud kepada suaminya.
Sapo tak nak kawen jang......Calun je xdak lagi.hoho
Jangan tengok gambo ni lama2 sangat.huh
16 April 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
:)
sabar mennti.."dy" pasti hadir..
:D
amin....insyaAllah...
Post a Comment