11 April 2011
Motivasi Malam Hari
Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu Dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan (al-Anbiya' : 35)
Lumrah hidup, kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah. Hidup tak pernah lari dari ujian dan cubaan. Ujian itu datang dalam pelbagai bentuk. Adakalanya ia berbentuk kesenangan atau sebaliknya.
Makin hebat dugaan, makin besar pahala yang diperolehi. Hati kena kuat, sabar itu perlu pada permulaan berlakunya musibah.
إنما الصبر عند الصدمة الأولى
Sesungguhnya kesabaran itu ialah ketika ditimpa dengan suatu musibah.
Kata Umar al-Khattab, tiada satu musibah yang menimpaku melainkan aku dapati tiga nikmat daripadanya. Pertama, musibah itu tidak menimpa urusan agamaku. Kedua, ia bukanlah musibah yang lebih besar daripada musibah terdahulu yang pernah terjadi. Ketiga, Allah SWT akan memberi ganjaran yang sangat besar daripada musibah itu.
Ikrimah meriwayatkan bahawa pada satu malam, pelita Rasulullah SAW terpadam. Lalu Baginda menyebut ucapan : إنا لله وإنا إليه راجعن. Kemudian seseorang bertanya kepada Baginda, "Adakah perkara itu suatu musibah, wahai Rasulullah?" Jawab Baginda, Ya! Setiap perkara yang menyakitkan seseorang mukmin adalah musibah.
Allah SWT menentukan ungkapan ini sebagai pelindung bagi orang yang ditimpa musibah dan pengawas bagi orang yang dikenakan ujian. Mari kita lihat makna ungkapan ini satu persatu. Ia mencakupi perkara-perkara yang dimuliakan.
Frasa Innalillah (Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah) ialah pengakuan Tauhid, ubudiyyah (kehambaan) dan al-mulk (pemerintahan) terhadap Allah SWT. Frasa Wainna ilahi raji'un (dan kepada Allah jualah kami kembali) adalah pengakuan bahawa diri sendiri akan binasa dan dibangkitkan semula dari kubur. Ia juga menunjukkan keyakinan bahawa tempat kembali setiap sesuatu adalah kepada Allah SWT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment