Tak selalu. Tapi dalam seminggu tu, ada lah dalam 2 hingga 3 kali makan di situ. Aku suka pelayan dia. Imejnya saja, aku boleh agak yang dia ni bukan calang-calang orang.
Seingat aku, 2 minggu kemudian, masa nak ambil order, dia menyapa kami. Soalan biasa, belajar lagi ke? Bermuka manis, menggangguk kepala tanda mengiakan soalan yang dilontarkan. Memandangkan ketika itu tiada pelanggan lain, dia duduk memanjangkan perbualan.
Mengaji mana syeikh? MPI, jawab aku. Ambil kursus apa? Mathematics. Dia tersenyum sambil berkata, comeii....
Ngaji sungguh-sungguh. Jadi macam saya, sambung sampai ke PHD. Tersentak. Itu reaksiku. Siapa sangka, pelayan di sebuah restoran merupakan graduan yang sedang melanjutkan pelajaran dalam peringkat PHD. PHD apa? Syariah. Nah. Aku tak mampu berkata-kata. Hanya berbisik dalam hati, hebatnya dia. Hebat!
Aku kagum lihat semangat dia. Pandai bahagi masa. Pandai mencuri masa. Aku? Habiskan masa retilah.
Moral of the story, belajar selagi boleh belajar. Tak kisah kursus apa yang diambil, ia menjadi amanah. Amanah ilmu untuk disebarkan. Orang Math tak boleh jadi ustaz. Itu hakikat. Tapi ia tak bererti cikgu Math langsung tak boleh beri sumbangan terhadap Islam. Bukan.
Allah dah tentukan aku untuk jadi cikgu Math. Selagi kerjaya ini diredhai syarak, tak ada masalah. Ini adab. Adab kepada Allah SWT dengan meredhai ketentuanNya.
Lihat contoh daripada Syeikh al-Buti, seorang yang belajar kuliah perubatan, kemudian bertukar kepada fakulti kejuruteraan kerana dia berfikir pada suatu masa nanti dia boleh membina masjid. Bukan. Bukan begitu. Sedar atau tidak, kamu budak medic. Kamu boleh peroleh banyak pahala. Dengan menyelamatkan orang lain. Berbakti kepada orang lain. Tolong orang lain.
Sama juga dengan seorang perempuan muslimah menjadi ustazah kemudian menjadi pendakwah sedangkan tarbiah anak-anak diabaikan. Utamakan yang utama. Bukan nak menidakkan peranan dakwah bagi wanita. Tapi biar ia balance. Ibu banyak ilmu. Alangkah manis jika ia dicurah sepenuhnya kepada anak terlebih dahulu.
Kata seorang penyair, Sang ibu itu samalah dengan sekolah, jika anda pandai menyesuaikannya. Samalah seperti anda membangunkan suatu umat yang baik keturunannya.
Jadi diri sendiri. Tak perlu ikut orang lain. Ingat, yang penting, redho Allah SWT. Kata Mustafa Masyhur, kaki manusia, kalau diganti dengan kaki monyet sekalipun, ia tetap manusia.
Ameer, ingat. Kamu cikgu Math. Kamu bukan ahli dalam menentukan hukum. Apa yang kamu boleh buat, sumbangkan sesuatu untuk Islam. Kamu perlu ada matlamat. Kamu mengajar Math, biar seiring dengan al-Quran dan Sunnah. Memetik kata Ust Abd Rahman Awang Soh, sepatutnya semua ilmu itu perlu dirujuk dalam al-Quran dan Sunnah. Tak kisah ilmu melukis ke, ilmu sains ke.
Aku Cikgu Math!
Tekun membaca. Bila orang datang, ambil order. Bila orang nak bayar, pergi ke meja duit. 1 je aku nak cakap. Aku tertatik makan kat kedai ni, sebab dia!
28 February 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment